Selamat Datang!!

Friday, 20 September 2013

Amalan Pemakanan IBU MENYUSU


Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protein
  1. 2-3 hidangan sehari. 
  2. 1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
  3. Kalsium
  4. Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
  5. Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
  6. Sumber terbaik kalsium adalah :
  7. Susu, yogurt dan keju
  8. Jus oren diperkaya kalsium
  9. Tauhu
  10. Ikan sardin
  11. Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli
  12. Zat Besi
  13. Sumber protin termasuk 
    • Daging, Ayam
    • Makanan laut *
    • Telur
    • Keju, susu dan yogurt
    • Tauhu
    • Kekacang

Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk
  • Daging, Ayam
  • Makanan laut *
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur
  • Vitamin C
Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.


Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.

Sumber vitamin C yang baik termasuk :
  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
  • Vitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.


Cecair

  • Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
  • Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
  • Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
  • Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.


**Tip Lain
Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.


* Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak makan ikan jerung, todak, king mackerel kerana kandungan merkurinya yang tinggi.
Sumber : UCSF Nutrition Counseling Center
What Shoud A Breastfeeding Mother Eat, Ame
da


Jika ibu-ibu yang menyusukan anak sudah lengkap mengambil makanan seperti di atas tidak perlulah lagi untuk menambah dengan pemakanan supplement @ vitamin..tetapi jika sebaliknya terpulanglah pada diri anda sendiri..jika saya memang mengakui agak sukar untuk mendapat hidangan lengkap setiap hari tetapi saya cuba juga untuk menyediakan hidangan selengkap yang boleh..sebab itulah saya memilih untuk tambah vitamin bagi menampung keperluan segala zat dalam pemakanan seharian saya...Bagaimana pula dengan anda...Tepuk dada tanyalah IMAN...




No comments:

Post a Comment

ORDER & REGISTER